Di Johor Bahru terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan yang amat dibanggakan oleh penduduk Johor Bahru khasnya dan Johor amnya itu SK Bandar Uda 2 yang beralamat di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sekolah ini telah dinobatkan dengan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ditahun 2010. Pengiktirafan sekolah bertaraf "Berprestasi Tinggi" memangnya bersesuaian untuk sekolah ini kerana berdasarkan kepada pencapaian kecermerlangan akademik murid-muridnya. Pencapaian ini boleh diukur melalui bilangan pelajar UPSR yang berjaya mendapat keputusan cermerlang 5A disetiap tahun. Sekolah yang dipimpin oleh guru besarnya Puan Fuziah Binti Hj Hassan, PIS bersama barisan guru yang berdedikasi telah berjaya membawa sekolah itu dikenali bukan sahaja di peringkat nasional bahkan ke peringkat antarabangsa. Ini satu kejayaan yang besar yang boleh kita banggakan bersama. Syabas Puan Fuziah dan teruskan usaha gigih puan.
SK Bandar Uda 2 Sekolah Berprestasi Tinggi |
Ibu bapa yang ingin menempatkan anak ke sekolah ini, perlulah mendapat maklumat pendaftaran terlebih dahulu serta mematuhi syarat-syarat pendaftaran anak ke sekolah ini.
![]() | |||
Pelajar-Pelajar Yang Membanggakan Sekolah & Ibu Bapa |
Replika Sijil-Sijil Pengiktirafan Sekolah |
Ibu bapa juga boleh melayari laman web sekolah di http://skbu2jb.net untuk mendapatkan maklumat sekolah.
No comments:
Post a Comment