Friday, 7 September 2012

JOM RAMAI-RAMAI KE LEGOLAND MALAYSIA

Legoland Malaysia

Tanggal 15 September 2012 akan merupakan satu detik sejarah baru bagi negeri Johor dan negara kita Malaysia iaitu bermulanya pelancaran taman tema bertaraf dunia yang pertama di Malaysia iaitu Legoland Malaysia. Legoland Malaysia ini merupakan rangkaian Legoland yang ke 6 yang bertempat di Nusajaya berhampiran Bandaraya Johor Bahru. Dengan terbinanya Legoland Malaysia, Malaysia kini boleh berbangga mempunyai taman tema bertaraf dunia yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Taman tema Legoland Malaysia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak bahkan kemeriahan juga akan terlihat pada orang dewasa. Seiisi keluarga tidak akan kecewa bila mengunjungi Legoland Malaysia ini dan penat lelah seharian tidak akan terasa terutama kepada kanak-kanak. Pengunjung Legoland Malaysia mesti sanggup meruangkan masa yang panjang untuk sama mengecapi keistimewaan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Menyediakan masa satu hari melawati dan mengecapi aktiviti-aktivit yang disediakan pasti tidak akan mencukupi. Kita tidak seharusnya terburu-buru untuk menikmati aktivit-aktiviti yang tersedia. Kita seharusnya melawat secara santai dan memberi peluang untuk anak-anak menikmati kegembiraan mereka semasa di Legoland Malaysia.

Peta Taman Tema Legoland Malaysia
Pihak Legoland Malaysia telahpun menetapkan waktu lawatan iaitu dari jam 10 pagi hingga 8 malam.  Walaubagaimanapun terdapat hari yang ditetapkan waktu lawatannya dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jadual lawatan boleh dirujuk di laman web Legoland Malaysia di http://www.legoland.com.my untuk mendapat jadual hari yang ditutup.

Bagi harga tiket harian telah ditetapkan iaitu RM140 untuk umur dari 12 tahun hingga 59 tahun, RM110 untuk umur 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi yang berumur 60 tahun ke atas ditetapkan dengan harga RM110. Pihak Legoland Malaysia juga menawarkan tiket harian promosi serta Pas Tahunan dengan harga istimewa. Sentiasa rujuk laman web Legoland Malaysia untuk mendapat maklumat terkini. 

Peta Arah Ke Legoland Malaysia

Sunday, 6 November 2011

BERSARAPAN ROTI CANAI MANDI KAW !!

Jika anda bersama keluarga ingin bersarapan bersama keluarga ataupun bersaorangan, bolehlah mencuba roti canai di Restoran Habib di Bandar Baru Uda, Johor Bahru (bersebelahan Jalan Padi Mahsuri) . Di sini anda boleh mencuba roti canai bersama teh tarik secara kuah berasingan atau mandi.

Pandangan dari Jalan Padi Mahsuri


Yang menariknaya makan roti canai di Restoran Habib ini ialah kuah dhalnya. Rasanya amat berbeza bila dimakan bersama kuah dhalnya bila dibandingkan dengan hidangan roti canai restoran lain. Kuahnya dibuat dengan memasukkan sedikit daging kambing untuk mendapat rasa yang kaw!! Kalau anda tidak boleh makan makanan yang ada kambing, anda boleh pilih kari ikan.

Roti Canai Mandi Bersama Teh Tarik


Restoran Habib ini  beroperasi secara 24 jam. Jika tidak bersarapan, anda boleh datang diwaktu lain seperti makan tengan hari atau untuk makan malam. Restoran ini juga menyediakan pilihan makanan yang lain yang memenuhi cita rasa kesemua pelanggannya. Semuanya boleh dikatakan kaw! dan harganya pun berpatutan.

Kepada sesiapa yang meminati bola pula, Restoran Habib juga menyediakan TV LCD yang besar untuk tontonan pelanggan bagi terutama untuk siaran bola peringkat nasional atau luar negara yang dibawa secara lintas langsung. Bolehlah kita ramai-ramai menjerit "GOL" apabila pasukan pilihan menjaringkan gol. Selain itu Restoran Habib ada menyediakan WIFI secara percuma untuk pelanggan yang ingin melayari internet. Klik-kliklah komputer riba  atau gosok-gosok ipad2 anda untuk melayari internet.

Teh Tarik Kaw!!

Jangan lupa makan roti canai bersama teh tarik; pasti kaw!! dan terangkat. Cubalah bersama keluarga!



SK BANDAR UDA 2 HEBAT


Pilihan sekolah untuk anak-anak merupakan agenda paling penting dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa akan meninjau atau bertanya kepada sesiapa saja untuk mengenal pasti sekolah yang paling sesuai untuk anak mereka terutama untuk anak yang pertama kali memasuki alam persekolahan. Kriteria sekolah paling dekat dengan rumah tidak menjadi keutamaan pemilihan lagi; kini sekolah terbaik menjadi pilihan utuma. Oleh yang demikian ibu bapa dengan sedaya upaya akan mencari laluan untuk menempatkan anak mereka di sekolah terbaik ini dengan harapan anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.

Di Johor Bahru terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan yang amat dibanggakan oleh penduduk Johor Bahru khasnya dan Johor amnya itu SK Bandar Uda 2 yang beralamat di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sekolah ini telah dinobatkan dengan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ditahun 2010. Pengiktirafan sekolah bertaraf "Berprestasi Tinggi" memangnya bersesuaian untuk sekolah ini kerana berdasarkan kepada pencapaian kecermerlangan akademik murid-muridnya. Pencapaian ini boleh diukur melalui bilangan pelajar UPSR yang berjaya mendapat keputusan cermerlang 5A disetiap tahun. Sekolah yang dipimpin oleh guru besarnya Puan Fuziah Binti Hj Hassan, PIS bersama barisan guru yang berdedikasi telah berjaya membawa sekolah itu dikenali bukan sahaja di peringkat nasional bahkan ke peringkat antarabangsa. Ini satu kejayaan yang besar yang boleh kita banggakan bersama. Syabas Puan Fuziah dan teruskan usaha gigih puan.


SK Bandar Uda 2 Sekolah Berprestasi Tinggi


Ibu bapa yang ingin  menempatkan anak ke sekolah ini, perlulah mendapat maklumat pendaftaran terlebih dahulu serta mematuhi syarat-syarat pendaftaran anak ke sekolah ini.


Pelajar-Pelajar Yang Membanggakan Sekolah & Ibu Bapa




Replika Sijil-Sijil Pengiktirafan Sekolah


Ibu bapa juga boleh melayari laman web sekolah di http://skbu2jb.net untuk mendapatkan maklumat sekolah.

Tuesday, 1 November 2011

PIKOM PC FAIR 2011

PIKOM sekali lagi menganjur PC Fair 2011 di Persada Johor Bahru dari 4 - 6 November 2011dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Program seperti ini sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap peminat ICT untuk mencari barangan komputer ataupun aksesorinya yang terkini ataupun harga yang rendah. Yang menarik kali ini, PIKOM menyediakan hadiah lumayan berbentuk kereta Mazda2 1.5 Hatchback untuk pengunjung menyertai acara cabutan bertuahnya yang berbelanja RM100 ke atas. Rebutlah peluang ini. Manalah tahu, balik rumah kali ini memandu kereta Mazda2 1.5 Hatchback. Wow!!


Jangan lupa ajak kawan-kawan dan saudara mara. Sambil berbelanja untuk barangan komputer, kita juga berpeluang untuk melayakkan diri untuk cabutan bertuah kereta itu. Ingat peribahasa ini "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia dapat Mazda2!"

Hari Pertama Menulis Blog

Hari ini merupakan hari pertama saya menulis blog Jom JB. Blog ini saya khaskan kepada sesiapa yang ingin mencari panduan keistimewaan Bandar Raya Johor Bahru. Banyak tempat-tempat serta program menarik akan saya paparkan kepada saudara-saudari menerusi blog Jom JB dari masa ke semasa.

Selamat Datang ke JB