Friday, 7 September 2012

JOM RAMAI-RAMAI KE LEGOLAND MALAYSIA

Legoland Malaysia

Tanggal 15 September 2012 akan merupakan satu detik sejarah baru bagi negeri Johor dan negara kita Malaysia iaitu bermulanya pelancaran taman tema bertaraf dunia yang pertama di Malaysia iaitu Legoland Malaysia. Legoland Malaysia ini merupakan rangkaian Legoland yang ke 6 yang bertempat di Nusajaya berhampiran Bandaraya Johor Bahru. Dengan terbinanya Legoland Malaysia, Malaysia kini boleh berbangga mempunyai taman tema bertaraf dunia yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Taman tema Legoland Malaysia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak bahkan kemeriahan juga akan terlihat pada orang dewasa. Seiisi keluarga tidak akan kecewa bila mengunjungi Legoland Malaysia ini dan penat lelah seharian tidak akan terasa terutama kepada kanak-kanak. Pengunjung Legoland Malaysia mesti sanggup meruangkan masa yang panjang untuk sama mengecapi keistimewaan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Menyediakan masa satu hari melawati dan mengecapi aktiviti-aktivit yang disediakan pasti tidak akan mencukupi. Kita tidak seharusnya terburu-buru untuk menikmati aktivit-aktiviti yang tersedia. Kita seharusnya melawat secara santai dan memberi peluang untuk anak-anak menikmati kegembiraan mereka semasa di Legoland Malaysia.

Peta Taman Tema Legoland Malaysia
Pihak Legoland Malaysia telahpun menetapkan waktu lawatan iaitu dari jam 10 pagi hingga 8 malam.  Walaubagaimanapun terdapat hari yang ditetapkan waktu lawatannya dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jadual lawatan boleh dirujuk di laman web Legoland Malaysia di http://www.legoland.com.my untuk mendapat jadual hari yang ditutup.

Bagi harga tiket harian telah ditetapkan iaitu RM140 untuk umur dari 12 tahun hingga 59 tahun, RM110 untuk umur 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi yang berumur 60 tahun ke atas ditetapkan dengan harga RM110. Pihak Legoland Malaysia juga menawarkan tiket harian promosi serta Pas Tahunan dengan harga istimewa. Sentiasa rujuk laman web Legoland Malaysia untuk mendapat maklumat terkini. 

Peta Arah Ke Legoland Malaysia